Abang Zulkifli dilantik Pengarah PRU15 untuk PKR Sarawak — Abun

Parti Keadilan Rakyat logo.

KUCHING, 12 Okt: Abang Zulkifli Abang Engkeh dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.

Menurut Timbalan Pengerusi PKR Negeri Abun Sui Anyit, perkara tersebut diputuskan pada Mesyuarat Jawatan Kuasa Pilihanraya Negeri (JPRN) semalam.

“Beliau akan dibantu oleh empat orang timbalan iaitu Piee Ling, Dominique Ng Kim Ho, Joshua Jabeng dan Ahmad Nazib Johari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abun, mesyuarat juga bersetuju menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) seperti diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

Beliau berharap, PH-PKR Sarawak akan turut menyumbang ke arah pembentukan kerajaan pusat bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH di dalam PRU15 nanti.

“PKR Sarawak yakin pada kebijaksanaan pengundi Sarawak untuk mengubah haluan dan mengubah Kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan masa depan negara ke arah lebih baik,” ujar Abun. — DayakDaily