1,760 dos vaksin Sinovac diterbangkan ke empat klinik kesihatan pedalaman Miri hari ini

Lee (enam dari kiri) bersama anggota Bomba dan pegawai kesihatan Bahagian Miri ketika lawatan meninjau proses penghantaran vaksin Sinovac ke klinik kawasan pedalaman Miri.

MIRI, June 11: Empat buah klinik kesihatan di pedalaman Miri hari ini menerima sebanyak 1,760 dos vaksin Sinovac yang diterbangkan khas melalui penerbangan ihsan dengan pesawat AW139 (9M BOD) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Empat buah klinik kesihatan tersebut ialah Klinik Kesihatan Bario, Klinik Kesihatan Mulu, Klinik Kesihatan Long San dan Klinik Kesihatan Long Bedian.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin merangkap menteri bertangungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri hari ini.


Terdahulu, Lee hadir meninjau persiapan penerbangan penghantaran tersebut di sini di pengkalan udara unit Bomba di Jalan Airport.

Beliau menjelaskan, penghantaran vaksin akan dilakukan secara berperingkat dan berterusan ke kawasan pedalaman Miri mengikut jadual yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama pihak Bomba.

“Setiap klinik pedalaman yang menerima bekalan vaksin ini mempunyai pegawai perubatan, bekalan elektrik yang stabil dan peti sejuk jenis Top Loading untuk penyimpanan vaksin tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, aktiviti pemberian suntikan vaksin di pedalaman Miri ini akan dimulakan pada Sabtu (12 Jun) , iaitu esok dan JPBB Miri telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Pegawai Daerah kawasan berkenaan untuk membantu bagi menghubungi penduduk kampung untuk hadir menerima vaksinasi mengikut jadual yang ditetapkan.

ā€œBagi penduduk yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, mereka boleh mendaftar di lokasi pemberian vaksinasi berkenaan kerana di kawasan luar bandar, pendaftaran boleh dilakukan secara manual dan tidak dapat bergantung sepenuhnya dengan aplikasi Mysejahtera.

“Saya juga memohon kerjasama erat semua pihak bagi memastikan aktiviti pemberian vaksin ini berjalan dengan lancar,ā€ jelasnya.

Lee turut berterima kasih kepada pihak Bomba dan Hornbill Skyways yang akan membantu menerbangkan vaksin Covid-19 selepas ini atas sokongan dan bantuan dalam proses penghantaran vaksin dengan menggunakan helikopter milik mereka ke 23 buah klinik kesihatan di kawasan pedalaman.

Hadir sama pemangku Residen MiriĀ  Abdul Aziz Mohd Yusuf merangkap Pengerusi JPBB Miri; Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman Packierisamy; Ketua Sektor Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri Dr Noor Izni Mohamed Shapie; Penguasa Kanan Bomba I Bomba Malaysia zone 6 (Miri) Supt Law Poh Kiong; Ketua Kapten Faridullahamin Mohd Noh dan Penguasa Kanan Bomba II, Robert James. ā€” DayakDaily