16 orang dikenakan kompoun kerana tidak mematuhi SOP di Permyjaya

Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas premis hiburan sekitar Permyjaya.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Okt: Seramai 16 pengunjung pusat hiburan di Permyjaya di sini semalam telah dikompoun kerana tidak mematuhi prosedur operasi ‘standard’ (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam operasi yang bermula sekitar jam 9.55 malam itu, seorang pekerja pusat hiburan warga asing ditangkap kerana memiliki permit tamat tempoh.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, kompoun dikeluarkan mengikut Peraturan 10 Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Lim menambah, pihak polis akan sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis atau pusat-pusat hiburan di bandar ini bagi memastikan Covid-19 tidak merebak. — DayakDaily