1,576 kes baru Covid-19, dua kematian dilaporkan hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah (file photo)

PUTRAJAYA, 19 Mac: Sebanyak 1,576 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes di seluruh negara kini meningkat kepada 330,042 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 1,565 merupakan jangkitan tempatan manakala 11 kes lagi adalah kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, daipada kesleuruhan jangkitan tempatan harini, 53.8 peratus melibatjangkitan dikalangan warga tempatan manakala 46.2 peratus lagi jangkitan dikesan di kalangan warga asing yang menetep di negara ini.


“Sehingga kini terdapat 14,360 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 151 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 57 kes memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, Sarawak mengatasi Selangor dalam melaporkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 407 kes berbanding 348, diikuti oleh Pulau Pinang dengan 182 kes.

Dr. Noor Hisham berkata, dua kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu meningkat kepada 1,225 kes atau 0.37 peratus.

“Pada hari ini juga, seramai 1,996 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruah yang sembuh daripada wabak tersebut meningkat kepada 314,457 kes atau 95.3 peratus,” katanya. -DayakDaily