150 menyertai Program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng

Hamden (berdiri tengah) bersama dengan peserta-peserta lain ketika pelancaran Program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng, Serian, baru-baru ini.

SERIAN, Mac 5: Seramai 150 orang menyertai Program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng, Serian baru-baru ini.

Program tersebut juga turut disertai oleh 80 orang pelajar dari empat buah sekolah rendah dan menengah iaitu SMK Balai Ringin, SK Krait, SK St Norbert, dan SK Triang serta penduduk dari Kampung Paon Gahat dan Kampung Tong Nibong.

Dalam program tersebut, sebanyak 600 anak pokok dari spesis kembang semangkok telah ditanam.


Program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng, Serian ini merupakan program anjuran Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dengan kerjasama Japan-Malaysia Association (JMA), Kinoshita Group dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Program tersebut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2019 peringkat Negeri Sarawak dan Sambutan 100 tahun Jabatan Hutan Sarawak.

Pengarah JHS Hamden Mohammad berkata sebagai sebuah agensi yang mengawasi hal berkaitan dengan ekosistem hutan, ia akan terus berkerjasama dengan pihak berkepentingan khususnya rakan-rakan korporat untuk terlibat sama dalam Lanskap Restorasi Hutan (Forest Landscape Restoration).

Hamden (tengah) sedang berbincang sesuau dengan Ketua Bahagian Perlesenan Penanaman Hutan, JHS Azahar Umar (kiri) dan Prof Hamsawi (kanan) ketika pelancaran Program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng, Serian, baru-baru ini.

ā€œSaya juga juga amat berterima kasih kepada JMA, Kinoshita Group, Mitsubishi dan organisasi organisasi lain yang terlibat dalam dalam usaha memelihara dan memulihara hutan di Gunung Apeng, Serian.

ā€œSejak tahun 2018 JMA dan Kinoshita Group telah menjalankan projek menanam pokok melibatkan penduduk setempat. Sejak tempoh tersebut sebanyak 60,000 anak pokok dari spesis tempatan di kawasan seluas 300ha telah ditanam di Gunung Apeng.

ā€œSaya juga amat berterima kasih kepada penduduk sekitar Gunung Apeng iaitu Kampung Paon Gahat dan Kampung Nibong atas kerjasama dan kesungguhan mereka untuk memulihara sumber hutan disini katanya,ā€ jelas Hamden ketika merasmikan program tersebut.

Beliau berkata, antara objektif program Penanaman Pokok di Taman Negara Gunung Apeng tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan ekosistem dan alam sekitar secara keseluruhan.

ā€œSelain itu, is juga memberi penekanan kepada penduduk setempat bahawa perhutanan bukan sekadar pembalakkan tetapi keperluan untuk menjaga alam sekitar,ā€ ujar beliau.

Turut hadir semasa program tersebut adalah Pengarah Urusan JMA dan Kinoshita Group Arai Takuji Professor Dr Hamsawi Sani dari Unimas dan koordinator JMA Sarawak Kazue Sakai. ā€” DayakDaily