KUCHING, 12 Sept: Empat belas rumah panjang di daerah Bintulu, Lubok Antu, Subis dan Betong diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, Rh Philip Bagong di Sg Silas, Rh Suhaili Siba di Batu 25 Jalan Bintulu-Miri, Rh Danggang Subah di KM33 Jalan Bintulu-Tatau dan Rh Jangi Jambai di KM1 Jalan Ulu Sebauh Bintulu dikenakan PKPD mulai 11 hingga 24 September 2021.
“Di Lubok Antu, PKPD dikenakan di Rh Simon di Bui Panjai Lubok Antu, Rh Charlie, di Empit, Rh Sibat di Jelukong dan Rh Mangku di Sungai Keroh mulai 12 hingga 25 September 2021,” katanya.
Di Subis, tambah JPBNS, PKPD dikenakan di Rh Misson di Nanga Salu, Sibuti mulai 12 hingga 26 September 2021
Manakala di Betong, lima lokaliti dikenakan PKPD mulai 13 hingga 26 September 2021.
“Ia melibatkan Rh Banggai di Maja, Rh Bit di Skuyat Baru, Rh Patrick Benjamin di Stambak Ul, Rh Rayong di Ng Lop di Debak dan Rh Snap di Sabar Asal, Debak,” kata JPBNS.
Dalam kenyataan yang sama, JPBNS memaklumkan sembilan lokaliti dikenakan pelanjutan PKPD yang melibatkan daerah Bintulu, Sri Aman, Lubok Antu dan Sebauh.
Katanya, di Sri Aman PKPD dikenakan di Rh Sumping di Kampung Ran, Rh Bonny di Sungai Mansau di Pantu, Rh Noria di Kampung Entulang, Rh Tarang di Entulang Entawa, Rh Edwin di Gua Dunggat dan di Rh Ngang di Rapak Jinggau mulai 12 hingga 25 September 2021.9.12
Masing-masing satu lokaliti di Bintulu, Sebauh dan Lubok Antu dikenakan pelanjutan PKPD melibatkan Taman Bandar Jaya di Bintulu dan Rh Tindit di Nangan Kesit mulai 12 hingga 25 September 2021 serta Rh Renga Layang di Sebauh mulai 13 hingga 26 September 2021. — DayakDaily