137 warga SK Long Loyang sertai latihan keselamatan kebakaran

Murid-murid SK Long Loyang bersemangat memperagakan pakaian Bomba mereka ketika program keselamatan kebakaran di sekolah tersebut.

Oleh Dean Adam

MARUDI, Jun 29: Seramai 137 orang termasuk guru, staf dan pelajar dari SK Long Loyang terlibat dalam latihan keselamatan kebakaran di sekolah berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata pasukan Bomba dari Balai dan Penyelamat (BBP) Marudi telah menjalankan aktiviti kselamatan kebakaran tersebut.


Jelasnya, ia adalah bagi meningkatkan kesedaran bahaya kebakaran dan tatacara menyelamatkan diri kepada murid-murid di SK Long Loyang.

Warga SK Long Loyang diajar bagaimana untuk mengawal kebakaran.
Demonstrasi stop, drop and roll untuk memadam api pada diri sendiri.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah termasuk tunjuk ajar tatacara dan kawad pengungsian bangunan.

“Program lain pula ialah ceramah keselamatan kebakaran dan tatacara menyelamatkan diri dan demonstrasi ‘stop, drop and roll’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 137 warga SK Long Loyang terlibat dengan program yang dikendalikan oleh BBP Marudi.

Law menambah, latihan sama akan dijalankan di sekolah-sekolah yang berminat dari masa ke semasa. — DayakDaily