133 mangsa banjir di 4 pusat pemindahan sementara

Lawatan ADUN Opar, Dato Ranum Mina dan Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Transformasi Luar Bandar) Datu Jaul Samion, ke Pusat Pemindahan Sementara di Balai Raya Kampung Paon, Lundu.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 21: Mangsa banjir yang masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara setakat ini ialah seramai 133 orang daripada 32 buah keluarga terjejas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan 32 orang daripada sembilan buah keluarga terjejas ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut.

Manakala 27 orang lagi kata, JPBNS daripada lima keluarga ditempatkan di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu.

“42 orang daripada 11 keluarga pula ditempatkan di Balairaya Kpg Paon, Lundu.

“Selaian itu, 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sebat, Sematan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak akan terus membuat pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung yang terjejas banjir. — DayakDaily