13 sekolah di kawasan Parlimen Julau di sambung ke grid bekalan elektrik Mac ini

Dewan Rakyat crest

KUCHING, 7 Mac: Baki 13 buah sekolah di kawasan Parlimen Julau dijadual akan selesai penyambungan ke grid bekalan elektrik pada bulan Mac 2023 ini.

Menjawab soalan MP Julau Datuk Larry Sng di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ini adalah kerana pihak Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dan Jabatan Kerja Raya perlu memastikan pendawaian semula bangunan sekolah dilaksanakan terlebih dahulu.

“Sehubungan dengan itu, baki 13 buah sekolah di kawasan Parlimen Julau dijadual akan selesai penyambungan pada bulan Mac 2023 kerana pada waktu itu nanti kerja-kerja pendawaian dan ketersediaan infrastruktur di sekolah tersebut telah siap dilaksanakan,” ujar beliau.


Terdahulu, tambah Fadhlina, sebanyak sembilan buah sekolah di kawasan Parlimen Julau telah siap disambungkan ke grid bekalan elektrik utama. — DayakDaily