KUCHING, 4 Feb: Seramai 126 pegawai dan anggota Askar Wataniah dari Rejemen 511 AW diaturgerak ke Sibu bagi membantu Pasukan Briged 9 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkasakan penguatkuasaan Perintah Kawalan pergerakkan (PKP)di bahagian terbabit.
Panglima Briged Ketiga Infantri ATM, Brigedier Jeneral Datuk Azhar Ahmad berkata aturgerak itu merupakan operasi pertama anggota askar wataniah ddari Rejimen 511AW di luar daripada kawasan penugasan mereka.
Katanya, kesemua anggota terbabit akan berda di Sibu untuk 14 hari bermula hari ini atau lebih bergantung kepada tempoh perlaksanaan PKP di bahagian terbabit.
“Anggota ini merupakan anggota Rejimen 511 AW yang pertama diaturgerakkan diluarkan kawasan penugasan 3 Briged Infantri ATM yang mana mereka ini diambil daripada batalion-batalion dari Kuching, Sematan dan sejauh Sri Aman.
“Apabila tiba di Sibu nanti, anggota ini akan ditempatkan untuk membantu pihak polis di lapan sekatan jalan raya (SJR) yang telah dikenalpasti diswamping turut membantu pihak Kementerian kesihatan dalam melakukan pengesanan kes Aktif (ACD),”katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan Aturgerak Anggota Rejimen 511 AW bagi Ops Penawar ke Sibu di sini hari ini.
Beliau berkata, kerahan anggota sukarela daripada Rejimen terbabit ke Sibu bukan disebabkan kekurangan anggota tetap ATM dalam 9 Briged sebaliknya ia merupakan tambahan kepada kekuatan anggota sedia ada yang perlu melaksanakan operasi teras lain seperti Ops Benteng dan sebagainya.
katanya, ketika ini 9 Briged kekurangan satu batalion yang perlu melaksanakan tugas operasi teras lain di perbatasan seklaigus menyebabkan pasukan terbabit menghadapi kekurangan anggota apabila keadaan jangkitan Covid-19 di Sibu, Song dan Kapit mula menunjukkan peningkatan.
“Batalion ini ditugaskan selama tiga bulan di kawasan sempadan dan itunya datang masalah kerana bila timbulnya peningkatan penularan wabak Covid-19 meningkat di sibu dan juga Bintulu serta Miri, 9 Briged mengalami kekurangan anggota.
“Mereka ini bukan kekurangan dari segi kekuatan anggota kerana setiap instalasi ada anggota yang menjaga tetapi orang untuk melaksanakan tugasan itu yang kurang jadi kita bantu dari segi itu,” katanya.
Azhar berkata, kesemua anggta yang terlibat dalam aturgerak tetrbabit telahpun menjalani ujian Saringan Covid-19 seperti yang temaktud dalam prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Katanya, anggota terbabit juga sebelum ini merupakan anggota yang sama turut terlibat dalam menjayakan Ops penawar yang di sekitar Kuching ketika perlaksanaan Perintah kawalan Pergerakkan bersyarat dilaksakan di bahagian terbabit.
“kesemua anggota yang terpilih ini merupakan anggota yang cukup terlatih dalam membantu melaksanakan Ops terbabit kerana mereka sudah dekat setahun terlibat dalam menjayakan ops tersebut.
“Jadi kita percaya anggota-anggota ini dapat melaksanakan tugas dan misi mereka dalam ops penawar ini dengan jayanya seperti yang pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini,” katanya. -DayakDaily