12 sektor dirancang untuk pembangunan DUN Senadin

Dato Sri Lee Kim Shin

KUCHING, 13 Dis: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N75 Senadin Dato Sri Lee Kim Shin menyeru rakyat yang mengundi untuk terus memberi sokongan padu kepada beliau pada pilihan raya kali ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Lee berkata, ia penting untuk memastikan perancangan yang melibatkan 12 sektor bagi tempoh 5 tahun akan datang lancar.

“Saya telah melancarkan perancangan lima tahun akan datang untuk Senadin iaitu dari tahun 2022 sehingga 2027 yang merangkumi 12 sektor penting.


“Ini melibatkan perancangan pengurusan bandar, pengangkutan dan lalu lintas, perumahan dan taman rekreasi, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan jalan air, tebatan banjir.

“Pembetungan dan pengurusan sisa, pembangunan infrastruktur, pelancongan, agama dan kebajikan, pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), utiliti, rangkaian digital serta pembangunan pertanian dan perindustrian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Perancangan Lima Tahun Untuk DUN Senadin di Dewan SUPP Cawangan Senadin pada Ahad.

Lee yang juga Menteri Pengangkutan tekad akan melakukan yang terbaik dan bekerja keras dan berkhidmat secara ikhlas untuk memastikan Senadin bertambah maju dan pembangunan diteruskan. — DayakDaily