This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 6 Jun: Seramai 12 pemohon kanak-kanak di bahagian Miri telah menerima Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan Sarawak (DSITKS), kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah.
Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Fatimah berkata, resit dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak ketika memohon kewarganegaraan.
“Resit untuk memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A boleh diguna pakai untuk kemasukan ke sekolah dan mendapat perkhidmatan kesihatan di klinik yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan DSITKS Bahagian Miri pada Isnin (5 Jun).
Tambah Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, perkara tersebut amat penting buat setiap individu berkenaan.
“Walaupun bilangan pemohon dan penerima di Bahagian Miri hanya 12 orang, tetapi bagi kami setiap penerima itu adalah individu yang penting,” katanya. — DayakDaily