12 buah sekolah di Baram banjir akibat hujan lebat

Keadaan di salah sebuah sekolah yang dilanda banjir.

BARAM: Sekurang-kurangnya 12 buah sekolah di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram dilaporkan banjir disebabkan hujan lebat sejak semalam.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak, antara sekolah yang dilanda banjir ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang, SK Benawa, SK Sungai Bong, SK Long Ikang, SK Long Sepiling, SK Long Wat, SK Kuala Bok, SK Kuala Tutoh, SK Penghulu Baya Mallang, SK Long Panai dan SK Long Atip.

Bagaimanapun, keadaan di sekolah-sekolah tersebut terkawal dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.


Kesemua murid dan kakitangan sekolah dilaporkan berada dalam keadaan selamat. — Dayakdaily