1,173 atlet pertaruhan Sarawak bagi merangkul juara keseluruhan Sukma ke-21

Peserta Sarawak Warrior Camp di Kem Putra Sentosa.
Advertisement

KUCHING, 6 Mei: Seramai 1,173 atlet Sarawak akan beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 bagi merangkul juara keseluruhan pada Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah tersebut didaftar setelah longlist ditutup pada 13 Mac lepas.

“Saya yakin, atlet-atlet yang terpilih dalam longlist ini adalah antara yang terbaik mewakili Sarawak.

Advertisement

“Kita haruslah menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah untuk mencapai juara keseluruhan.

“Kali terakhir kita menjadi juara keseluruhan adalah 30 tahun dulu,” kata Abdul Karim dalam teks amanat di Perasmian Sarawak Warrior Camp di Kem Putra Sematan hari ini.

Tambah beliau, harapan terbesar adalah melihat atlet-atlet ini mencapai prestasi cemerlang dan Sarawak akan menjadi juara keseluruhan pada temasya kali ini.

“Saya menaruh harapan yang tinggi agar Sarawak Warrior Camp ini dapat memupuk nilai semangat sepasukan, semangat berjuang untuk mencapai kejayaan,” ujar Abdul Karim. — DayakDaily

Advertisement