1,067 keluarga dari Zon Punang dan Zon Jalan Punang DUN Bukit Sari terima bantuan makanan

Ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk kampung memunggah keluar bantuan makanan dari lori.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, Mac 31: Sebanyak 1,067 buah keluarga dari sembilan buah kampung dalam Zon Punang dan Zon Jalan Punang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari menerima bantuan makanan.

Menurut Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari, Awang@Ibrahim Ahmad, bantuan merupakan sumbangan daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Untuk Zon Punang, sebanyak 409 buah keluarga dari tiga buah kampung terlibat dalam pengagihan bantuan makanan ini.



“Manakala, Zon Jalan Punang pula melibatkan sebanyak 658 buah keluarga yang terdiri daripada sembilan buah kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penyerahan bantuan bersempena Program Putuskan Rangkaian Covid 19 di Zon Punang dan Zon Jalan Punang hari ini, mewakili Awang Tengah.

Sementara itu, Penghulu Tuah Tengah dan Ketua Kaum Kampung Sungai Kudong, Hasin Tahir mengucapkan terima kasih dengan sumbangan yang disalurkan kepada penduduk kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya bagi pihak-pihak kampung mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan keperihatinan Awang Tengah dan jawatankuasa di peringkat kampung dan daerah,” ujar Tuah.

Program hari ini merupakan Fasa Kedua daripada empat fasa penyerahan bantuan kepada penduduk di kawasan DUN Bukit Sari sepanjang tempoh PKP mulai Mac 18 lepas. — DayakDaily