10,000 peserta akan meriahkan Perarakan Maulidur Rasul 2023 di Padang Merdeka

Misnu (kanan) pada sidang media di Kuching hari ini (25 Sept 2023).

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 25 Sept: Lebih 10,000 peserta yang mewakili 237 kontinjen terlibat di dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2023 yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 28 September ini.

Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyertai perarakan yang bermula jam 6.30 pagi.

“Hingga kini kita telah menerima penyertaan dari 237 kontinjen dalam pelbagai kategori.

“Ini termasuklah kontinjen dari pihak sekolah, masjid, surau, institut pengajian tinggi dan jabatan kerajaan,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Manakala pada 27 September tambah Misnu, Majlis Kesyukuran dan sembahyang maghrib akan diadakan di Masjid Jamek mulai jam 6.30 petang yang akan turut dihadiri Abang Johari.

Dalam pada itu, Persimpangan Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka ditutup sempena sambutan Maulidur Rasul, 28 September ini.

Penutupan jalan tersebut dibuat bagi kerja-kerja pemasangan pentas utama dan akan dibuka setelah majlis selesai.

Raptai akan diadakan pada Selasa, 26 September ini, bermula jam 8 pagi sehingga selesai. — DayakDaily