10 persatuan amal di Kuching terima bantuan kewangan

Wee (sebelas dari kanan) merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan.
Advertisement

KUCHING, 13 Jan: Sepuluh persatuan amal kebajikan masing-masing menerima bantuan RM3, 000 di Majlis Unity Charity & Culture Dinner 2024′ yang dianjurkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (Sarawak) dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (Sarawak) di Kuching malam ini.

Bantuan telah diserahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Penerima bantuan ialah Sarawak Society For The Deaf, Sarawak Deaf Sport Association, Sarawak Deaf Art and Culture Association, Sarawak Children’s Cancer Society, Wishesland International, Sarawak Society For Prevention Of Cruelty To Animals.

Advertisement

Turut menerima Kuching Austisme Association, The Salvation Army, House of Joy dan Kuching Life Care Society.

“Sumbangan yang diserahkan pada malam ini adalah inisiatif daripada pelbagai pihak bagi menangani pelbagai isu di dalam komuniti.

“Ia membantu dari sudut pendidikan, kesihatan dan membantu golongan yang menghadapi masalah ekonomi.

“Saya bangga dengan pihak yang telah memberikan sumbangan yang terdiri daripada individu, peniaga dan pertubuhan,” katanya dalam ucapan di majlis tersebut.

Dalam menghadapi cabaran tambah Wee, penduduk Bandaraya Kuching sentiasa sedia membantu dan ini adalah bukti bahawa kita kukuh jika sentiasa bekerjasama.

Katanya, kerjasama dalam melaksanakan inisiatif amal selain memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan telah membantu membangunkan negeri. — DayakDaily

Advertisement