Willie tinjau kejadian bencana di Padawan

Willie tinjau kejadian bencana di Padawan

KUCHING, 13 JAN: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin pada hari ini melakukan tinjauan ke perkampungan yang dilanda bencana akibat hujan lebat yang turun tanpa henti sejak malam kelmarin.

Ketika dihubungi, beliau berkata, beberapa perkampungan telah dilanda banjir kilat dan ada juga kejadian tanah runtuh yang telah merosakkan beberapa buah rumah.

ā€œKeadaan banjir terutamanya tanah runtuh adalah agak membimbangkan dibeberapa perkampungan.

ā€œSaya telah membuat tinjauan di Kampung Rabak Asah, Bratang. Skuduk, Plaman Payang, Chupak, Jambu, Sadir, Garung dan juga ke Siniawan,ā€™katanya.

Bagi keluarga yang terjejas, Pusat Khidmat MP Puncak Borneo katanya akan mengagihkan bakul makanan kepada mereka.

Menurut Willie, beberapa keluarga terpaksa dipindahkan sementara untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kerana hujan lebat dijangka terus turun sehingga esok.

Penduduk yang pindah kini tinggal buat sementara waktu dengan ahli keluarga mereka.

Berhubung kejadian tanah runtuh yang menyebabkan sebuah rumah terjejas teruk di kampung Sadir pada semalam, Willie berkata penghuni rumah tersebut akan dibantu.

ā€œKes ini agak teruk dan perbincangan akan diadakan dengan pihak pejabat daerah dan ketua masyarakat untuk menentukan bentuk bantuan yang sesuai,ā€™katanya.

Ketika di Kampung Garung pula, Willie telah meninjau kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan dinding sebuah rumah runtuh.

Willie berkata kerajaan akan memberi bantuan baik pulih rumah dalam masa terdekat kepada keluarga terbabit.

Dalam pada itu, beliau menasihati semua penduduk khususnya di kawasan berisiko untuk sentiasa berwaspada dan peka kepada keadaan sekeliling.

Sebarang bencana yang berlaku haruslah dilaporkan kepada ketua kampung atau terus ke jawatankuasa pengurusan bencana daerah.-DayakDaily.