This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 26 Jun: Masyarakat luar bandar diseru memanfaatkan kemudahan-kemudahan disediakan di Pusat Digital Komuniti (DCC) di Perpustakaan Awam Long Lama.
Menurut Pustakawan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Lloyd Huffman Miko, ia bagi mempercepatkan digitalisasi masyarakat.
“Masyarakat setempat harus terus menggunakan fasiliti yang disediakan termasuk rangkaian internet, computer, bilik mesyuarat dan aktiviti-aktiviti latihan kemahiran digital yang diadakan dari masa ke semasa,” katanya di majlis penangguhan Program Mendigitalisasi Komuniti Akar Umbi di Long Lama hari ini.
Program adalah anjuran PUSTAKA Negeri Sarawak dan AZAM Sarawak dengan Kerjasama Pejabat Daerah Telang Usan dan Majlis Daerah Marudi, dan Perpustakaan Awam Long Lama.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah AZAM Ali Suhaili yang juga berucap pada majlis tersebut, menyeru para peserta agar membantu menyebarkan maklumat dan ilmu yang diperolehi, kepada ahli-ahli masyarakat.
Katanya, ia adalah agar lebih ramai yang dapat mengikuti dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital di Sarawak.
Program “hands-on” hari ini berfokus kepada topik perniagaan online, dan penggunaan Sarawak Online Portal, pendaftaran Sarawak ID, S Pay Global, dan “content” digital atau media sosial termasuk mempromosi tarikan pelancongan tempatan.
Lebih 50 orang warga daerah Telang Usan telah menyertai bengkel hari ini terdiri daripada ketua kaum, usahawan setempat, belia, dan suri rumah. — DayakDaily