Warga MUDERN galas tanggugjawab pastikan PCDS dicapai

Awang Tengah (tiga dari kanan) bersama warga MUDERN pada majlis itu.

KUCHING, 21 Dis: Warga kerja Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDERN) memegang tanggungjawab yang besar dalam memastikan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) Sarawak dapat dicapai.

Bercakap kepada warga MUDERN pada Malam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi kementerian baru-baru ini, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, berkata tanggungjawab itu adalah berat dan harus dilakukan bersama.

“MUDERN diberikan tanggungjawab yang berat untuk menambah pendapat negeri dalam kita cuba keluar dari kemelut pandemik ini.


“Sarawak akan melaksanakan banyak projek pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” tambah beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Sari.

Beliau menambah, warga MUDERN harus melaksanakan tanggungjawab dengan berdedikasi supaya dasar dasar kerajaan dapat dicapai dan memperkukuh kedudukan Sarawak dalam menuju status negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada yang banyak membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mencatatkan kemenangan bergaya pada pilihanraya negeri yang lepas.

“Tahniah saya ucapkan juga kepada Ketua Menteri kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengemudi GPS untuk mencatat kemenangan cemerlang ini,” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah mantan Setiausaha Tetap MUDERN, Datu Zaidi Mahli dan Mantan Adun Gedong Datuk Naroden Majais. — DayakDaily