Warga Lingga dan Sri Aman hadir Program Digitalisasi Komuniti SMA

Dayang Noorazah (empat kanan) di Program Mendigitalisasi Komuniti Akar Umbi Lingga.

KUCHING, 21 Mac: Pusat Komuniti Digital (DCC) merupakan platform dalam meningkatkan kesedaran dan kesediaan digital untuk keperluan semasa dan masa depan Sarawak.

Menurut ADUN Lingga Dayang Noorazah, gelombang digital yang ada pada hari ini telah merubah gaya hidup masyarakat.

“Ia berlakubdengan adanya teknologi dan media sosial yang mampu mendekatkan jaringan komunikasi masyarakat hanya dihujung jari,” katanya.


Beliau berkata di majlis Penangguhan Program Mendigitalisasi Komuniti Akar Umbi Lingga anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak).

Seramai 35 orang peserta program dari daerah Lingga dan Sri Aman telah menyertai program yang bersifat praktikal dalam mendalami dunia digital dengan lebih dekat.

Ia dijayakan melalui interaksi Bersama fasilitator yang mengajar mereka memperkembangkan pengetahuan dalam bidang e-dagang, perkhidmatan portal e-kerajaan, dan promosi melalui media sosial yang memerlukan mereka untuk menyiapakan projek digital dalam tempoh masa tiga bulan. — DayakDaily