This Content Is Only For Subscribers
LIMBANG, 18 Ogos: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Ulak, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa,66 tahun dikatakan keluar dari rumah sejak semalam untuk mencari rotan dan membubu ikan.
Bagaimanapun, sehingga hari ini dia masih belum pulang dan keluarga terus membuat laporan kehilangan mangsa.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 9 pagi tadi dan pencarian dilakukan di sekitar kawasan kebun dan bukit, namun tidak menemui kesan jejak mangsa.
“Operasi turut dilakukan di kawasan sungai, namun sehingga jam 5 petang masih belum ada petunjuk menyebabkan operasi ditangguhkan dan akan disambung semula esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Operasi SAR tersebut turut disertai oleh Polis, Polis Marin, Pasukan Bomba Sukarela, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. — DayakDaily