Warga emas dilaporkan hilang di Betong, ditemui selamat

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo
Advertisement

BETONG, 24 Sept: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di Batu Lintang, Layar balik dalam keadaan selamat petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa, 61 tahun, dikatakan tidak pulang sejak 22 Sept menyebabkan keluarga terpaksa membuat laporan polis pada jam 5.33 petang semalam.

Bertindak kepada laporan tersebut, anggota dari Balai Bomba Betong diketuai Pegawai Bomba Kanan Henry Jugah terus ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Advertisement

Katanya, operasi mencari mangsa terus dijalankan bersama penduduk kampung dalam radius 500 meter ke hulu sungai Batu Lintang.

“Bagaimanapun keadaan cuaca (hujan) tidak mengizinkan sehingga operasi terpaksa dihentikan sementara.

“Bagaimanapun, semasa bomba bersama penduduk kampung berbincang untuk menyambung pencarian, tiba-tiba mangsa muncul dari arah dapur dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas memastikan mangsa dalam keadaan baik, operasi SAR itu kemudian ditamatkan pada jam 8.01 malam. — DayakDaily

Advertisement