Warga bandar raya bimbang kehadiran lelaki kurang siuman

Lelaki kurang siuman tersebut sedang merayau-rayau dalam keadaan bogel di kawasan Tabuan Jaya semalam (May 16, 2020).

KUCHING, 17 Mei: Warga bandar raya ini bimbang dengan  seorang lelaki kurang siuman yang merayau-rayau dalam keadaan bogel di kawasan Tabuan Jaya, di sini.

Antaranya Jolivia Obell, 25, yang juga telah sempat merakamkan lelaki terbabit  ketika sedang melalui kawasan Tabuan Jaya ketika sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Rakaman terbabit diambil sekitar jam 11 pagi semalam (16 Mei, 2020). Saya tidak tahu kenapa lelaki itu berjalan berbogel dan merasa kasihan melihat dirinya,” katanya kepada Dayak Daily, hari ini.

Jolivia, sehubungan itu, berharap akan ada pihak dapat membantu memberikan lelaki terbabit pakaian supaya tidak terus dalam keadaan yang memalukan itu.

“Janganlah kita memalukannya, lelaki itu juga manusia, ini juga bukan perkara lucu yang kita boleh jadikan bahan ketawa,” katanya. – DayakDaily

 

 

Share this article!