Wanita PRS hulur sumbangan Krismas kepada Cheshire Home

Rosaline (tiga kanan) semasa penyerahan bantuan Wanita PRS kepada Cheshire Home. Turut kelihatan Sister Felis (tengah).
Advertisement

KUCHING, 21 Dis: Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini menyampaikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Cheshire Home di Jalan Ong Tiang Swee di sini.

Sumbangan berupa makanan dan keperluan lain itu telah diserahkan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Rosaline Neging.

Beliau mewakili Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Brodie.

Advertisement

Sumbangan yang diterima Sister Felis Ogey bertujuan membantu menceriakan 61 penghuni Cheshire Home semasa meraikan sambutan Krismas tidak lama lagi.

Hadir sama Exco Wanita PRS Cr Gawai Enggong, Norma Rantu dan Cr Niput Ahip. ā€” DayakDaily

Advertisement