KUCHING, 12 Jun: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyeru Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar tidak mempolitikan bantuan bakul makanan.
Ini susulan tular di media sosial di mana bantuan makanan āSarawak Ku Sayangā yang diedarkan dengan berlatar belakangkan logo parti GPS.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Wanita PKR berkata, ia turut diselitkan dengan kertas pangkah undi parti GPS.
āWanita PKR Sarawak menyeru GPS untuk menghentikan permainan politik kotor ini yang kian berlarutan tanpa segan silu mempolitikan bantuan bakul makanan hasil dari dana pembayar cukai.
āIa seolah olah bantuan yang dihulurkan sumber dana parti GPS semata-mata.
āTingkatkan integriti kurangkan kontraversi dan berhenti mengelirukan rakyat,” katanya.
Kenyataan turut berkata bahawa GPS telah memanipulasi bantuan tersebut dan mohon tindakan yang tidak beretika dan mengelirukan ini dihentikan segera.
Tambah Wanita PKR, kaedah pengagihan bakul makanan dengan mengibarkan bendera GPS bukannya logo Sarawak Ku Sayang atau Jata Kerajaan Sarawak dilihat seolah olah merendahkan martabat jata Kerajaan Sarawak.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri diminta segera menambah bantuan susu formula bagi kanak-kanak di dalam bakul makanan dan diedarkan dua minggu sekali sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ā DayakDaily