Wanita ditemui mati dalam bilik

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa.
Advertisement

Oleh Dean Adam

BINTULU, Nov 10: Malang menimpa seorang wanita apabila dia ditemui mati di sebuah rumah di Bintulu Park City Square di sini hari ini.

Wanita tersebut ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa selepas pasukan bomba melakukan operasi khas membuka pintu kediaman mangsa.

Advertisement

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Zulkifli Narawi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung memohon bantuan membuka pintu kediaman pada pukul 9.56 pagi.

Jelasnya, selepas itu sepasukan lapan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi khas membuka pintu.

Pihak hospital yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Berdasarkan laporan diterima, sebelum itu pihak syarikat tempat mangsa bekerja telah menghubungi mangsa, namun wanita berkenaan tidak menjawab panggilan telefon.

“Bimbang berlakunya perkara tidak diingini, pihak majikan kemudian menghubungi bomba untuk membantu membuka pintu kediaman mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, setelah pintu rumah berjaya dibuka didapati mangsa berada di dalam bilik dalam keadaan tidak sedar diri.

Katanya, pihak hospital yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement