Wanita ditahan atas tuduhan mencuri baju kebaya, seluar jeans di Batu Niah

Rakaman CCTV pasar raya tersebut berjaya merakam perbuatan suspek mengambik beberapa helai baju kebaya dan seluar jeans dari premis tersebut.
Advertisement

MIRI, 22 April: Kurang 48 jam selepas mencuri lima helai baju kebaya dan beberapa seluar panjang jeans berjumlah RM524.60 dari sebuah pasar raya di Batu Niah pada Selasa, polis menahan seorang wanita untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

Wanita berusia 44 tahun itu telah ditahan disebuah rumah panjang di Sepupok, Jalan Ulu Niah pada pagi Khamis (22 April) jam 10.35.

Turut ditemui semasa pemeriksaan lanjut ke dalam ‘bilik’ suspek di dalam rumah panjang berkenaan, beberapa helai baju kebaya dan seluar jeans yang dilaporkan telah hilang dari pasar raya terbabit.

Advertisement
Suspek (tengah) ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa itu (20 April), pekerja pasar raya yang bertugas telah mendapati sebanyak lima helai baju kebaya dan lima helai seluar jeans berbagai warna telah hilang dari rak pakaian di dalam premis tersebut.

Kejadian disedari sekitar jam 8.30 pagi.

Pemeriksaan terhadap kamera litar tertutup kedai mendapati kelibat suspek memasuki ruangan baju dan seluar sebelum menyumbat kesemua barangan tersebut ke dalam bag beli belah berwarna hijau yang dibawanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan ketika dihubungi.

Wanit tersebut telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — DayakDaily

 

Advertisement