Wanita Dayak digesa ceburi industri francais

Uggah (baris belakang, tengah) memotong riben sebagai Simbolik Perasmian Smart Reader Kids Taman Desa Ilmu hari ini (11 Mac, 2023).
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 11 Mac: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa ramai lagi usahawan wanita Dayak menceburi industri francais.

Katanya, Kerajaan mengakui bahawa industri francais adalah cara paling cepat untuk melahir dan menambah jumlah usahawan tempatan.

“Industri ini memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi negara, khususnya mewujudkan peluang pekerjaan,” kata Uggah semasa merasmikan Pusat Smart Reader Kids di Taman Desa Ilmu hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, setakat ini Sarawak hanya mendaftar 11 syarikat francais yang terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman, kesihatan dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Uggah bangga dengan usaha pemilik Smart Reader Kids Taman Desa Ilmu Sylvia Thomas yang mengambil langkah berani menceburi industri francais berkaitan pendidikan.

“Beliau (Sylvia) telah menyahut seruan Premier Sarawak yang mahukan ramai lagi usahawan menceburi bidang francais.

“Langkah ini sudah pastinya membantu pelajar kita menguasai bahasa English dengan baik. Saya harap ramai lagi usahawan wanita Dayak mengikut langkah beliau,” katanya. — Dayakdaily

Advertisement