Wan Junaidi agih daging korban di Kampung Bintawa Hulu

Wan Junaidi(dua dari kanan) menyerahkan dating korban kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 1 OGOS: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyerahkan daging korban di Surau Darul Takwa Kampung Bintawa Hulu.

Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini sumbangan dari Pusat Khidmat Parlimen Santubong. Daging-daging korban itu telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Kampung Bintawa.

Wan Junaidi yang juga MP Santubong turut memaklumkan akan membantu menambahbaik kemudahan surau tersebut.


“Saya juga menerima permohonan daripada Jawatankuasa Surau Darul Takwa Kampung Bintawa Hulu untuk menggantikan karpet di surau ini.

“InsyaAllah, saya akan usahakan peruntukan untuk menggantikan karpet baru surau tersebut demi keselesaan jemaah surau untuk melaksanakan ibadah,” katanya.-DayakDaily

P1
Wan Junaidi(dua dari kanan) menyerahkan dating korban kepada salah seorang penerima.