Wabak ASF tiada lagi dikesan di Sarawak

Datu Dr Adrian Susin Ambud

Oleh Chris Bishop

PADAWAN, 23 Jan: Wabak penyakit African Swine Fever (ASF) tiada lagi dikesan di Sarawak.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Datu Dr Adrian Susin Ambud, penternak khinzir sudah memulakan operasi semula diladang masing-masing.


“Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan membantu memudah industri ini supaya dapat kembali kepada keadaan zebelum ini,” kata Dr Adrian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Majlis Penyerahan Rural Growth Centre (RGC) Padawan kepada Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di Pejabat Daerah Kecil Padawan hari ini.

Menurut Dr Adrian lagi, Sarawak sekarang masih mengeksport daging khinzir ke Singapura.

“Kita eksport lebih kurang 2,000 ekor khinzir ke Singapura sebulan,” kata Dr Adrian. — DayakDaily