Unit Integriti di setiap PBT dicadang ditubuh tahun hadapan

Pengarah SPRM Sarawak Mohamad Zaki Hassan (kanan) menyerahkan plak integriti kepada setiausaha tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Antonio Kahti Galis (kiri) sambil disaksikan Dr Sim (dua dari kiri).
Advertisement

KUCHING, 9 Dis: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bercadang untuk menubuhkan unit integriti di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri itu bermula tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, unit tersebut akan memantau dan mengkoordinasikan semua program berkaitan integriti serta pencegahan rasuah dalam PBT yang diwakili oleh mereka.

“Sebagai permulaan, kementerian saya telah melancarkan Pelan Organisasi Anti Rasuah (OACP) pada 25 November lepas yang mengariskan enam objektif utama, 10 objektif strategik dan 101 inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi tahun 2021 hingga 2025.

Advertisement

“Kementerian saya juga bercadang untuk melibatkan PBT dengan OACP bermula tahun hadapan dalam usaha kita memperkasakan nilai intergriti ini dalam semua organisasai di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak,” katanya.

Tambah Dr Sim, nilai integriti perlu diletakkan pada aras tertinggi ketika ini memandangkan kebanyakan negara dan negeri termasuk Sarawak banyak melabur dalam sektor perubatan selain dalam masa yang sama menyediakan pakej bagi meransang ekonomi setempat.

Dr Sim (tiga dari kanan) merasmikan sambutan HARA 2020 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching.

Ulas Dr Sim Kui Hian, langkah-langkah penerapan anti-rasuah, nilai ketelusan dalam pentadbiran dan sifat bertanggungjawab berupaya untuk memerangi segala bentuk kebocoran dalam pentadbiran.

Katanya, kebocoran tersebut jika tidak dibendung diperingkat awal nescaya akan membahayakan segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

“Kita mesti memerang rasuah ini khusus melibatkan penjawat awam atau individu tertentu sama seperti kita memerangi pandemik Covid-19 bagi smmemastikan kita berjaya bangkit dengan berintergriti,”katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha tersebut selari dengan dasar kerajaan Sarawak memerangi gejala rasuah yang mahu melihat Sarawak bebas daripada rasuah, khususnya yang melibatkan penjawat awam di negeri itu. — DayakDaily

Advertisement