Undi 18 tahun – Daftar segera, jangan tunggu pendaftaran automatik

Ballot box. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Golongan muda khususnya mereka yang bakal menjejak usia 18 tahun digesa untuk tidak leka dengan tanggungjawab mereka untuk mendaftar sebagai pengundi berdaftar.

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (PPDM)dalam satu kenyataan berkata, golngan itu seharusnya tidak perlu menunggu untuk didaftarkan secara automatik dilaksanakan sebaliknya bertindak terus mendaftarkan diri mereka sendiri.

Pada masa sama, golongan terbabit katanya perlu sentiasa mengikuti isu semasa negeri atau negara bagi memastikan mereka sentiasa peka dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Advertisement

Mengulas kenyataan speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengenai ‘Pendaftaran Pengundi 18 Secara Automatik Jadi Atau Tidak?, persatuan itu berkata,kenyataan yang tidak jelas oleh sesetengah pemimpin politik mengenai perkara itu merupakan isyarat bahawa undi18 tahun dan pendaftaran automatik bermungkinan tidak akan dilaksanakan pada Julai 2021 nanti.

Katanya, Rais dalam kenyataanya yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia menyebut remaja pada usia itu yang meliputi 38 peratus pengundi baharu hanya dalam kalangan anak-anak sekolah yang mahu mencuba kehidupan baharu.

Mereka jelasnya (Rais Yatim) kurang intim dengan perkara-perkara asas perjuangan dan berkemungkinan tidak akan suka mengikut corak kepimpinan golongan tua.

kenyataan yang tidak meyakinkan dikeluarkan oleh Rais itu jelas PPDM pasti akan menjejaskan sekurang-kurangnya 7.8 juta pengundi baharu yang dijangkakan akan mengundi buat kali pertama pada PRU15 akan datang.

“Memandangkan sebahagian besar golongan pengundi adalah bawah 30 tahun, merekalah golongan yang terkesan dengan polisi dibuat oleh kerajaan.

“Jadi, adalah penting untuk suara mereka didengar dengan menjamin hak mengundi mereka,” katanya.

Tambahnya, kenyataan speaker Dewan Negara itu secara tidak langsung memberi isyarat bahawa terdapat tanda-tanda bahawa persediaan pilihanraya akan diadakan berikutan badan legislatif (Parlimen) digantung tugas kerana darurat.

Pada November tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam jawapannya di Parlimen memberitahu, pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya Julai ini.

Menurut beliau, SPR sedang mengemas kini usaha pemerkasaan sistem demokrasi berkenaan dan menjangkakan semua persiapan boleh disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara iaitu pada 25 Julai 2019. -DayakDaily

Advertisement