Ular sawa sepanjang 4m ‘bertandang’ ke kawasan kediaman di Kampung Tuanku Abdul Rahman berjaya ditangkap

Anggota APM Miri berhasil menangkap reptilia tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Julai: Bunyi salakan beberapa ekor anjing yang gamat membawa kepada penemuan kejadiran ular sawa sepanjang empat meter panjang di tengah jalan berhadapan sebuah rumah di Kampung Tuanku Abdul Rahman, Lambir malam Jumaat.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Kapten Usman Harto, pemilik anjing tersebut seorang wanita berusia 36 tahun berasa hairan apabila haiwan peliharaannya itu membuat bunyi bising luar biasa.


Setelah melakukan pemeriksaan, wanita itu terkejut apabila melihat seekor ular sawa ditengah-jalan tidak jauh dari kediamannya.

“Pengadu telah memaklumkan pihak kami untuk membantu menangkap reptilia tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya dimaklumkan sekitar jam 9.32 malam dan tiba di lokasi jam 30 minit kemudian.

“Ular itu dipercayai telah datang dari kawasan hitan berhampiran,” katanya.

Operasi tamat jam 10.14 malam.

Reptilia tersebut telah dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh dari kawasan perumahan. — DayakDaily