Ular sawa ‘kempunan’ gagal telan ayam

Ular sawa sepanjang satu meter berjaya ditangkap sebelum sempat 'menelan' ayam milik seorang penduduk di Tudan fasa 6 pagi tadi.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Brad Rantayy

MIRI, 2 Jan: Seekor ular sawa berukuran lebih satu meter ‘kempunan’ setelah gagal menelan ayam apabila lima anggota Pertahanan Awam Miri (APM) menangkapnya awal pagi hari ini.

Tangkapan dilakukan di dalam sebuah reban ayam milik seorang penduduk di Tudan fasa 6 di sini.


Dalam kejadian sekitar jam 6.34 pagi itu, seorang lelaki berusia 59 tahun dikejutkan dengan bunyi bising dari kawasan belakang rumahnya.

Bimbang dengan bunyi ayamnya dari reban belakang rumah seolah-olah mereka sedang bergelut dengan ‘sesuatu’, dia terus berlari ke arah belakang rumahnya untuk melakukan pemeriksaan.

Namun, lelaki itu dikejutkan dengan kehadiran ular sawa di dalam reban dan cuba untuk ‘menelan’ beberapa ekor ayam miliknya.

Menurut pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, lelaki tersebut terus menghubungi APM Miri untuk bantuan.

Anggota APM Miri tiba di lokasi sekitar jam 7.04 pagi dan berjaya menangkap ular sawa tersebut. – DayakDaily