Oleh Brad Rantayy
MIRI, 25 Okt: Bunyi salakan seekor anjing peliharaan milik seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun membawa kepada penemuan seekor ular sawa batik yang menjalar di dalam kebun miliknya awal pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Acorus Taman Delight Lorong Sakura.
Reptilia seberat 10kg itu kemudiannua berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam Miri (APM) sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.
Menurut pegawai APM Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, seramai empat enggotanyabtelah digerakkan ke lokasi sejurus sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu pada jam 3.36 pagi dan tiba 10 minit kemudian.
Operasi mengambil masa sekitar 15 minit. — DayakDaily