KUCHING, Jun 14: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Prince Jimmiey’ yang melakukan kenyataan berunsur acaman jenayah terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Ketua Pemuda PBB N8 Satok, Dzamaluddin Zainudin bersama barisan exco pergerakamn pemuda cawangan berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Kuching.
Laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis membuat siasatan lanjut terhadap ancaman jenayah pemilik akaun Facebook ‘Prince Jimmiey’ terhadap Ketua Menteri Sarawak.
Dalam status yang dimuatnaik dalam akaun Facebook ‘Prince Jimmiey’, individu itu dipetik sebagai ‘Bunuh jak keturunan openg nih penggal kepale buat hiasan kat jalan raya. Duit yg kerajaan persekutuan bg abes dia rembat’.
Status kontroversi yang dimuatnaik dalam Facebook ‘Prince Jimmiey’ itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat umum terhadap ugutan ‘bunuh’ itu.
Selain itu, pergerakan Pemuda PBB Cawangan Bukit Kota turut membuat laporan sama Balai Polis Pusat Limbang.
Ketua Pemuda PBB Bukit Kota, Sufian Mohat berkata, laporan itu dibuat bagi memboleh pihak menyiasat pemilik akaun Facebook ‘Prince Jimmiey’ yang telah memuatnaik status berunsur ugutan jenayah terhadap Ketua Menteri.
“Kenyataan biadap dan acaman jenayah daripada individu berkenaan perlu diambil perhatian dan tindakan segera,” katanya. — DayakDaily