TYT dan isteri ucap takziah kepada keluarga mangsa bot karam latihan Sarawak Regatta

Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Advertisement

KUCHING, 28 Okt: Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dengan rasa dukacita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi bot karam semasa sesi latihan Sarawak Regatta baru-baru ini.

“Saya dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi amat berdukacita atas kehilangan mangsa-mangsa dalam tragedi ini.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Advertisement

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan syuhada,” kata Wan Junaidi menerusi satu kenyataan media hari ini.

Dalam masa yang sama, Wan Junaidi juga merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa atas usaha mereka yang tidak pernah berhenti dalam mengendalikan situasi ini.

Beliau turut menekankan kepentingan aspek keselamatan untuk semua peserta Sarawak Regatta pada masa hadapan.

“Adalah amat penting bagi para peserta untuk memastikan adanya pengiring keselamatan dan pemantauan sewajarnya dari pihak berwajib sepanjang latihan dan perlumbaan.

“Ini bagi mengelakkan kejadian malang seperti ini daripada berulang lagi,” kata Wan Junaidi. — DayakDaily

Advertisement