Tuntutan MA63 dilaksanakan segera — PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 22 Jun: Kerajaan Pusat akan terus menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menghormati tuntutan Sarawak dan Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, sebarang tuntutan berkaitan MA63 mesti diputuskan dengan secepat mungkin.

Advertisement

“Saya menganggap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ada komitmen yang jelas dan ia melibatkan MA63.

“Saya beri jaminan kepada Premier dan Ketua Menteri Sabah, sebarang isu berkaitan MA63 bawakan sahaja kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Gawai 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini.

Tambah Anwar, kabinet pusat telah memutuskan bahawa sebarang tuntutan oleh Sarawak dan Sabah berkaitan MA63 mesti diselesaikan segera.

Katanya, penyelasaian adalah berdasarkan kepercayaan dan rasa hormat di antara satu sama lain.

“Saya orang yang optimis, kita jelaskan kemahuan dan kerja dalam satu pasukan.

“Apa yang meragukan kita bincang dan selesaikan secara baik, ” ujar Anwar. — DayakDaily

Advertisement