Tun Pehin Sri Wan Junaidi ketuai ‘Sarawak Harmony Walk’ 2024

Tun Pehin Sri Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah bersama rakyat dalam acara ‘Sarawak Harmony Walk’ 2024.
Advertisement

KUCHING, 29 Jun: Sekitar 5,000 orang menyertai ‘Sarawak Harmony Walk’ 2024 anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) pada pagi ini.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai agama telah berhimpun di Padang Merdeka di sini seawal jam 6 pagi.

Pada penganjuran kali ini, ia dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Advertisement

Acara dimulakan dengan persembahan beberapa buah lagu dan acara senamrobik sebagai aktiviti memanas badan.

Tetamu-tetamu kenamaan serta peserta acara mulai berarak sepanjang 2.4 kilometer bermula dari Padang Merdeka pada jam 7 pagi.

Perarakan tersebut diketuai oleh Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan tiba di garisan penamat pada jam 7.47 pagi.

Selaras dengan tema ‘Unity Is Our Calling’, perarakan ini berarak melintasi rumah-rumah ibadat seperti masjid, kuil, tua pek kong dan gereja.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Pengarah UNIFOR Datu Jack Aman Luat. — DayakDaily

Advertisement