Tun Dr Wan Junaidi hadir Istiadat Lafas Sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Tun Dr Wan Junaidi hadir di Istana Negara di Kuala Lumpur pagi ini.

KUCHING, 31 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hadir ke Istiadat Melafaz Dan Menandatangi Surat Sumpah Jawatan Oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-264 (Khas) di Istana Negara, pagi ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.


Pada istiadat itu juga, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Tun Dr Wan Junaidi telah mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 dalam satu Istiadat Mengangkat Sumpah di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 29 Januari yang lepas. — DayakDaily