Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah didiami terbakar

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Feb 16: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Sungai Apong di Jalan Pending di sini musnah terbakar hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu mengakibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal terbakar 85 peratus.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Faizal Saari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 3.37 petang.

Sejurus itu katanya, sepasukan lapan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Api sedang marak membakar sebuah rumah.
Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

“Sepasukan 11 anggota bomba dari BBP Padungan turut ke lokasi kejadian sebagai pasukan bantuan.

“Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kediaman tersebut sebelum operasi memadam kebakaran dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Faizal menambah, kesemua penghuni rumah berkenaan sempat keluar menyelamatkan diri semasa kejadian itu.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan.Ā Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang,” jelasnya.Ā ā€” DayakDaily