Tujuh kedai dipotong elektrik, disyaki pusat operasi judi online

Operasi pemotongan elektrik hari ini.
Advertisement

KUCHING, 23 Feb: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hari ini melakukan pemotongan elektrik ke atas tujuh buah premis perniagaan di sekitar bandaraya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata tindakan tersebut diambil kerana premis-premis tersebut disyaki dijadikan pusat pengoperasian judi dalam talian.

Menurutnya, operasi tersebut adalah dengan kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Advertisement

“Pada 23 Feb (hari ini), IPD Kuching dengan kerjasama pihak SEB sekali lagi melaksanakan permotongan elektrik di tujuh premis perniagaan yang dijadikan sebagai pusat pengoperasian judi dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menuruynya, pemotongan elektrik ini dilakukan mengikut kuasa yang diberikan dibawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

“Mana-mana premis yang telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Polis Daerah,” katanya. — DayakDaily

Advertisement