Tujuh juri hebat adili Pertandingan ‘AIR—Building With Nature’

Pertandingan ini adalah bagi sebidang tanah seluas 13 ekar yang terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Saradise.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 10 Jun: Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan Hock Seng Lee (HSL) hari ini mengumumkan barisan 7 panel juri Pertandingan ‘AIR—Building With Nature’.

Tujuh juri yang dipilih termasuk penerima pingat emas PAM Dato Ar Hajeedar Abdul Majid dan Ar Tan Bee Eu, penerima pelbagai anugerah PAM.

Advertisement

Menurut Yu Ji, Pengarah Hock Seng Lee Realty yang juga merupakan salah seorang panel juri, pertandingan itu menyediakan hadiah wnag tunai keseluruhan RM245,000.

“Peserta boleh mencadangkan pelan rekaan mereka sendiri, samada estet perumahan dengan bangunan kerajaan.

“Apa sahaja yang dicadangkan oleh pemenang yang dipilih, jika ia dalam peruntukan kita akan bina.

“Kita mahukan rekaan terbaik bagi pembangunan kawasan tersebut,” kata Yu Ji di sidang media hari ini.

Tambah beliau, pemenang akan diumumkan pada November ini dan majlis penyampaian hadiah bakal dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yu Ji

HSL pada Sabtu lepas (8 Jun) mengumumkan pertandingan seni bina kebangsaan keduanya selepas Langit pada 2021 yang dianjurkan bersama PAM.

Pertandingan ‘AIR—Building With Nature’ adalah bagi sebidang tanah seluas 13 ekar yang terletak di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dengan Saradise.

Tujuan pertandingan AIR adalah untuk mencari idea-idea pelan induk terbaik.

HSL adalah pemilik tanah ini dan ‘promoter’ pertandingan, manakala PAM adalah penganjurnya.

Pertandingan ini terbuka kepada ahli-ahli PAM di seluruh negara.

Hadiah wang berjumlah RM245,000, dengan hadiah utama sebanyak RM120,000, hadiah kedua RM60,000, dan hadiah ketiga, RM30,000.

Tujuh hadiah pujian masing-masing berjumlah RM5,000 turut ditawarkan.

Barisan juri yang lain termasuk Presiden PAM yang juga Pengerusi Juri Ar Adrianta Aziz, Ar David Ong, Ar Chai Long Shen dan Pengarah Eksekutif Hock Seng Lee Bhd Tony Yu. — DayakDaily

Advertisement