Toyota Hilux terbabas dan terbalik, seorang lelaki nyaris maut

Kelihatan sebuah Toyota Hilux yang terbalik.

TATAU, Okt 15: Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Jalan Tatau-Bintulu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 pagi itu, mangsa yang berusia 50-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Tatau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.37 pagi.


Katanya, sejurus menerima laporan berkenaan insiden tersebut, sepasukan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati sebuah Toyota Hilux dalam keadaan terbalik di bahu jalan.

“Pemeriksaan lanjut, mendapati pemandu kenderaan berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, anggota bomba kemudian memberikan rawatan kepada mangsa.

“Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 8.03 pagi,” katanya. — DayakDaily