Tindakan pantas penghuni elak rumah sewa didiami terbakar

Keadaan salah satu bilik tidur di sebuah rumah di Lorong 9, Taman Permy Jaya, Miri yang terbakar.

SIBU, 30 Dis: Tindakan pantas penghuni sebuah rumah sewa di Lorong 9, Taman Permy Jaya, di sini berjaya menyelamatkan rumah didiami mereka daripada terbakar.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.49 pagi itu menyebabkan sebuah bilik tidur di rumah tersebut musnah terbakar.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sendiri oleh penghuni rumah terbabit menggunakan air.


“Kesemua penghuni tersebut berjaya menyelamatkan diri mereka dan kebakaran tersebut hanya melibatkan 20 peratus daripada keseluruhan struktur rumah tersebut iatu salah satu bilik tidurnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian turut membuat kerja-kerja pengudaraan bagi mengurangkan haba dan asap di rumah tersebut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnyanpada jam 11.02 pagi selepas kita mendapati keadaan dirumah tersebut terkawal dan selamat untuk penghuninya.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung penghuni terbabit masih dalam siasatan,” menurut kenyataan itu. — DayakDaily