Tindakan pantas bomba berjaya selamat nyawa wanita warga emas

Anggota bomba mengawal kebakaran di rumah berkenaan.
Advertisement

KUCHING, Mei 17: Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menyelamat seorang wanita warga emas daripada menjadi rentung selepas kediamannya di Taman Satria BDC di sini terbakar, malam tadi.

Jurucakap bomba memberitahu, tindakan pantas pihak bomba telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita berumur 65 tahun yang berada di tingkat atas dalam bilik tidurnya.

Katanya, sebelum itu pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkeanan dan bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman api.

Advertisement

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran itu melibatkan bahagian ruang tamu di tingkat bawah telah terbakar kira-kira 25 peratus.

“Anggota bomba juga mendapati sedikit kesan jelaga pada dinding bangunan struktur jenis kekal anggaran keluasan 15 kaki dan 20 kaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, oeprasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.59 malam.

“Kejadian tersebut juga tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa,” ujarnya lagi. -DayakDaily

ends

Advertisement