Timbalan Premier hadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi

Awang Tengah pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi.

KUCHING, 3 Sept: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sosioekonomi (JKSE) BIL 2 yang di adakan secara atas talian pada Khamis lepas.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), mesyuarat tersebut di pengerusi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan dihadiri Menteri persekutuan dan wakil dari Sabah.

Dalam mesyuarat lebih dari dua jam itu, pelbagai isu dibincangkan antaranya melibatkan projek pembangunan di Sarawak dan Sabah, terutamanya melibatkan pendidikan.


Turut hadir bersama pada mesyuarat tersebut adalah Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidell. — DayakDaily