Timbalan Premier buat kunjungan Tahun Baru Cina ke kediaman Presiden SLTA

Awang Tengah (kiri) menyaksikan tarian singa sebaik tiba di kediaman Liew (dua kiri). Turut kelihatan Xing (kanan).

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Jan: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mengadakan kunjungan ke kediaman Presiden Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) Dato Patrick Liew di sini.

Turut serta dalam kunjungan bersempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina itu ialah Konsulat Jeneral China di Kuching Xing Weiping dan Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep.

“Dengan sambutan ini, saya berharap perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri akan semakin kukuh,” kata Awang Tengah ketika ditemui.

Hadir sama isteri Awang Tengah, Datuk Dayang Morliah Awang Daud. — DayakDaily

Awang Tengah (sepuluh dari kiri) bersama tetamu yang lain merakamkan kenangan semasa kunjungan ke rumah Liew (tujuh dari kanan).