Tiket 4D bertuah membawa rezeki RM33.8 juta ke pemenang dari Kuching

Cash. — DayakDaily.com file pic.// Photo: Pixabay

KUCHING, Jan 24: Hadiah tiket Magnum 4D Jackpot bagi cabutan 131/19 semalam keseluruhannya berjumlah sebanyak RM34,598,225.23 telah mempunyai seramai lima pemenang termasuk seorang dari Kuching.

Mengikut laman web Magnum 4D (www.magnum4d.my), nombor tiket yang memenangi hadiah itu sehingga berjumlah RM33,822,299 telah dijual tiketnya kepada pelanggan di Kai Joo Lane di Kuching.

Manakala pemenang sebahagian hadiah terbabit berjumlah RM284,221, tiketnya telah dijual kepada pelanggan di Angsana, Pulau Pinang.

Sebahagian hadiah terbabit berjumlah RM 177,081 telah dijual tiketnya kepada pelanggan di Jalan Maju, Sibu dan sebahagian hadiah terbabit berjumlah RM157,314 telah dijual tiketnya kepada pelanggan di OUG, Kuala Lumpur serta sebahagian hadiah terbabit berjumlah RM157,314 telah dijual tiketnya kepadda pelanggan di Jalan Klang Lama. — DayakDaily